Jul 20, 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bagi Semua Umat Islam...



Pejam celik sekejap je rase dah bersua balek kite di Bulan Ramadhan... Mase sekarang memang sangat cepat, usia pun cepat jugak meningkat... Huhuhu... So korang macam mane dah ready ke nak berpuasa, pulak anak bulan dah tengok so memang sah kite akan berpuasa pada 21 Julai 2012... Aku harap semua dah ready, dah ganti puasa bagi mane yang patut ganti tu... Aku Alhamdulillah setakat ni belom ade puase yang yok pagi-pagi bukak periuk... Harap tahun ni pun same, Insyaallah... Macam korang sedia maklumlah kan, Puasa ni salah satu daripada "Rukun Islam", so wajiblah korang tunaikan melainkan ade yang tak boleh berpuasa dengan syarat-syarat tertentu... 

Bagi kate ringkas pulak "Puasa" ni bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari... Tapi bukan bukan sekadar itu saje, dari segi perbuatan, tutur kata pun kenalah korang jaga barulah sempurna Ibadah Puasa korang tu... Tak lupe jugak sesamelah kite menunaikan "Solat Terawih" di Masjid... Aku sangat excited tahun ni, sebab tahun lepas aku tak berkesempatan untuk Solat, sebab balek keje lewat... Tapi untuk tahun ni Insyaallah aku akan pastikan aku pegi... Insyaallah... Untuk mengurangkan dari perbuatan yang tak elok kite same-samelah perbanyakan membaca ayat suci Al-Quran, Solat... Insyaallah pahala akan bertambah di bulan yang mulia ni... Aku pun manusia biasa tak kurang melakukan kesilapan... Tapi kite sesame umat manusia ni sesamelah mengingatkan satu same yang lain... "Selamat Berpuasa" aku ucapkan bagi semua umat yang beragama Islam...

Lafaz Niat

Lafaz Niat Setiap Malam :
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala

Lafaz Niat Lengkap :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Lafaz Niat Untuk Sebulan :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


**Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

No comments:

Post a Comment

Lagi-Lagi Cerita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis