Aug 18, 2012

Andai Ini Ramadhan Terakhirku...



Kata Sayidina R.A "Masa Itu Umpama Pedang" jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu... Begitu jugaklah kite sebagai umat manusia, Allah S.W.T telah menjadikan setahun ade 12 bulan... Bulan ke 9 iaitu "Bulan Ramadhan" bulan yang penuh dengan kelebihan dan kelebihan tersebut dapat dihuraikan melalui beberapa hadis :

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu". - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu". - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar)". Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: "Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah". Baginda S.A.W bersabda : "Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)".-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya". -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    Dengan kelebihan yang terdapat di Bulan Ramadhan kita sebagai umat khalifah Allah dimuka bumi ini haruslah menggunakan ia dengan sebaik-baiknya dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan segala larangannya... Andainya Ini Ramadhan Terakhir bagi diri aku... Walaupun masa yang diberi hanya sebulan, Aku berharap Allah S.W.T menerima segala amalan, ibadat & keampuanan yang aku lalukan di Bulan yang mulia ini... Insyaallah... Bulan Ramadhan kali ini aku betul-betul merasainya dengan penuh nikmat & penuh kesabaran... Alhamdulillah... Kesedihan amat terasa dengan pemergian Bulan Ramadhan, aku berharap aku dipertemukan lagi Ramadhan yang akan datang... Aku doakan juga agar Allah S.W.T sentiasa menerima segala amal kebajikan yang kite lakukan... Insyaallah...

    No comments:

    Post a Comment

    Lagi-Lagi Cerita...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ShareThis